Nama-nama Melayu Klasik Kuno

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu, orang Melayu hidup saling bergantung terhadap alam. Sehinggakan unsur-unsur alam juga menjadi inspirasi kepada nama masyarakat melayu terdahulu.

Gambar Mahsuri (Sumber: Google)

Namun pada hari ini, ibu bapa lebih cenderung memilih nama yang lebih moden, serta berunsurkan nama Barat sehinggakan nama-nama klasik Melayu dahulu terus dilupakan. 

Biasanya, orang berjiwa seni/sastera sahaja yang akan meminati nama-nama klasik dahulu untuk dipilih menjadi nama anak. Di Indonesia, nama-nama mereka masih penuh seni sastera sebagai contoh; Bunga Citra Lestari yang bermaksud Bunga Citra (Keperibadian) Lestari (Kekal). Seolah-olah sifat bunga cantik itu menjadi keperibadiannya yang kekal selamanya. Indah kan?

Disini saya senaraikan nama-nama klasik kuno yang boleh menjadi inspirasi anda. 

Anak perempuan

Unsur alam yang biasa menjadi nama orang Melayu dulu ialah nama bunga-bunga seperti:

1. Bunga
2. Melur
3. Cempaka
4. Anggerik
5. Kenanga
6. Mawar
7. Melati

Ada juga nama buah/pokok seperti:

1. Delima
2. Zaitun
3. Ara
4. Widuri (Sejenis tumbuhan nama saintifik: Calotropis gigantea)
5. Cendana (Sejenis pokok keluarga Santalaceae yang kayunya berbau harum)

Nama berunsurkan tumbuhan yang cantik didengar namun jarang digunakan sebagai nama:

1. Kantan
2. Halia
3. Manggis
4. Kesum
5. Akasia
6. Cengkih

Kalau anda berani, cubalah! Hehe. 

Selain tumbuhan, unsur alam yang lain turut digunakan seperti

1. Embun 
2. Suria (Matahari)
3. Bulan 
4. Permata
5. Mutiara
6. Intan
7. Kartika (Bintang)
8. Ratna (Permata cantik)


Selain nama alam, bahasa yang membawa maksud baik juga dipilih sebagai nama anak:

1. Cantik/Chantiq
2. Anggun
3. Cinta/Chenta/Chinta
4. Kasih/Qaseh
5. Ayu
6. Indah
7. Kirana (Cantik)
8. Juwita (Cantik)
9. Seri
10. Dinda (nama panggilan manja buat perempuan)
11. Dayang (Gelaran perempuan)
12. Dewi
13. Srikandi (pahlawan wanita)
14. Putih/Puteh
15. Manja
16. Wangi
17. Ratu
18. Warna
19. Asmara (Cinta)
20. Jelita


Anak Lelaki

1. Arjuna (lelaki)
2. Jebat
3. Tuah
4. Andika (Pangkat tinggi)
5. Bayu
6. Budi
7. Purnama (Bulan)
8. Setiawan
9. Panji (Tentera)
10. Armada (Tentera)
11. Kacak
12. Wira
13. Adiwarna (amat bagus/indah)
14. Pekan
15. Sulong/Long
16. Awang
17. Mat
18. Lanang (Lelaki) 
19. Kesuma (Bangsawan) 


Semoga Melayu tak hilang ditelan kemodenan. 


Comments

Post a Comment